Saya.Aku.DiriAku

My photo
si atie@zatie.pelajar sarjana muda kejuruteraan kimia-bioproses UTM.berumur 20 tahun akhir bulan oktober nanti.baik dan comel.sekian

Friday, 10 August 2012

Hantu gangster

Assalammualaikum.

semalam selepas majlis iftar di Garden Cafe kat Viva Mall, kami dijemput oleh pihak penganjur untuk menyaksikan tayangan perdana filem Hangtu Gangster.
so kat sini aku nak cerita sikit mengenai cerita HG nih.

HG adalah sebuah cerita komedi yang telah diarahkan oleh seorang pengarah yang bernama Namewee dan dilakonkan oleh beliau sendiri sebagai tunggak utama, selain farid kamil, taiyuddin bakar, diana danielle, dato' jalaluddin hassan, uncle charlie, dato david arumugam dan ramai lagi. ada juga penampilan khas seperti noh hujan, miss nina, reshmonu, dennis lao dan amber chia.
firstly, just a simple sinopsis.i mean, simple. really.
Seorang lelaki cina yang bernama Te Sai telah terjumpa dengan 3 orang hantu yang merupakan ketua-ketua gangster dari 3 kaum iaitu melayu, cina dan india. Mereka telah berjumpa dengan Te Sai untuk meminta bantuan beliau untuk menyelesaikan masalah yang terjadi di antara 3 kumpulan tersebut. maka Te Sai pun menolong mereka dengan menggunakan pelbagai cara. habis.

apa yang aku nak highlight kat sini ialah tentang mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah cerita ini, iaitu tentang penyatuan 3 kaum utama dalam Malaysia iaitu melayu, cina dan india. satu malaysia, lebih tepat. selain ingin menyampaikan tentang perasaan tanggungjawab terhadap kaum sendiri. secara jujurnya, aku sangat suka dengan mesej yang terkandung dalam cerita ni. tapi mungkin cara penyampaian ada yang tak begitu proper dan tak sesuai. tapi tak kisahlah. sebab orang zaman sekarang kan dah bersifat lebih terbuka dan memahami. :) back to the mesej. cerita nih menggambarkan tentang keharmonian negara malaysia walaupun mempunyai penduduk berbilang kaum. selain itu, kita dapat lihat bagaimana rakyat malaysia saling bertolak ansur dan hidup bermasyarakat dengan pelbagai kaum. walaupun mereka nih berstatus gangster, tapi sebenarnya bukanlah seperti gangster yang kita taw maksudnya. mereka nih sebenarnya mempertahankan kaum mereka sendiri sambil berusaha menjaga hubungan baik dengan kaum lain. dalam cerita nih jugak mereka ada memaparkan tentang betapa bagusnya barangan buatan malaysia. :)

nih adalah posternya.
*farid kamil dalam cerita nih sangat cool.

satu lagi, dalam cerita nih jugak ada lagu-lagu yang best yang bermaksud. dan ini merupakan salah satu ost filem ni. sila tengok.

>> sorry aku tak boleh upload video nih. tak taw kenapa. ada masalah maybe. so aku bagi link jew. boleh tengok kat sini. >>> http://www.youtube.com/watch?v=Ekc1Ctdg_nQ <<<



di garden cafe.


sekian. wassalam.

# selamat beramal di 10 hari terakhir ramadhan. semoga Allah memudahkan urusan kita, Insya-Allah. :)

Saturday, 28 July 2012

what...i do

Assalammualaikum.

aku sebenarnya bosan.
jadi aku scroll application-application yang merapu kat dalam facebook.
lepas tuh aku terjumpa application dari Calany High Heels.  http://www.facebook.com/chalany/app_356016334421026
lepas tuh aku pun dengan perasaan teruja mencuba.
ini adalah hasilnya.


segala yang dilihat dalam gambar adalah daripada kisah benar. sekian.

salam.
atie's copyright from sitinurizati.blogspot.com