Saya.Aku.DiriAku

My photo
si atie@zatie.pelajar sarjana muda kejuruteraan kimia-bioproses UTM.berumur 20 tahun akhir bulan oktober nanti.baik dan comel.sekian

Saturday 9 June 2012

Babi Hutan

Assalammualaikum. :)

entry aku kali nih aku nak bersoseh-soseh pasal babi hutan..babi hutan..?? kenapa babi hutan...??
haaa.....ini semua bermula daripada kisah kawan aku yang sorang nih iaitu CheNad apabila beliau secara tidak sengajanya telah bertemu dengan babi hutan yang besar bapak punyee *tiruu ayat Johan Raja Lawak* dalam perjalannya untuk ke blok M16.. babi tuh pulak tengah lari dengan lajunya *ntah keluar dari mana* dan mengeluarkan bunyinya... keluarannya secara tiba2 telah mengejutkan chenad dan seorang abang naik motor yang tengah lalu jalan tuh.. maka dengan penuh terkejut ketiga-tiga makhluk itu pun terkejut... *errr...apa ayat aku nih???*
*untuk pengetahuan UTM memang ada babi hutan kat dalam hutan UTM.

okeyh...okeyh...okeyh....
lepas pada chenad bercerita nih....aku pulak dengan penuh perasaan curiousnya telah google pasal babi hutan nih..sebab aku tak pernah jumpa! so aku jadi macam perak sikit bila dengar chenad cerita....perak dan teruja! so aku pun google pasal info babi hutan dengan rupanya sekali...hehhe...

so sekarang aku nak share sikit dengan korang pasal babi hutan nih...
sumber...??? my mr. wikipedia forever. :) thanks awak..!

sumber : google


"Babi Hutan atau dalam bahasa omputihnya dipanggil Wild Boar adalah leluhur liar babi bela jinak.(???) Dorang nih berasal dari hutan jarang di kebanyakan kawasan Eropah TengahMediterranean serta di kebanyakan kawasan di Asia sehingga Indonesia di selatan. Babi hutan juga telah dibawa masuk ke banyak tempat yang lain. Ia tergolong dalam famili Suidae yang sama dengan Warthog dan Bushpig di AfrikaPygmy Hog di India utara, dan Babi Rusa di Indonesia, antara lain. Babi Hutan adalah lebih jauh hubungannya dengan peccary atau javelina yang didapati di kawasan barat daya Amerika Syarikat serta di seluruh Amerika Tengah dan Selatan. Nama saintifiknya Sus scrofa.
Hutan Babi boleh mencapai 440 paun (200 kg) untuk babi jantan dewasa *besar punyeeee*, dan sehingga 6 kaki (1.8 m) panjangnya. Jika diperanjatkan atau dikepung, Babi Hutan boleh menjadi amat garang  *take note!*, khususnya babi betina dengan anak-anaknya, dan jika diserang, akan mempertahankan diri dengan sedaya upaya menggunakan gigi taringnya.*bahaya!*
Babi Hutan pupus di Great Britain pada abad ke-17, tetapi babi-babi yang membiak di kawasan liar telah kembali ke sesetengah kawasan, khususnya di Weald, selepas melarikan diri daripada penternakan hutan babi." sumber- Wikipedia - http://ms.wikipedia.org/wiki/Babi_Hutan
Tabiat....???
Babi Hutan hidup dalam kawasan yang terdiri daripada sekitar 20 ekor babi, tetapi kawasan-kawasan sebesar 50 ekor pernah juga dilihat. Dalam kawasan yang biasa, terdapat dua atau tiga ekor babi betina dan anak-anaknya; babi jantan dewasa biasanya tidak merupakan sebahagian kawasan di luar musim pembiakan dan seringnya didapati seekor sahaja.maksudnya disitu....babi jantan mempunyai ramai isteri la kan...?? Kelahiran biasanya berlaku pada musim bunga *amboii*; seperinduk babi hutan biasanya terdiri daripada lima ekor anak babi, tetapi sehingga 13 ekor pernah juga ditemui *wow..banyaknyaa...*.
Babi Hutan adalah haiwan nokturnal umumnya, dan mencari makanan dari senja sehingga subuh, dengan tempoh-tempoh rehat pada kedua-dua waktu malam dan siang. Ini adalah kerana para pemburu paling giat pada waktu siang. Babi Hutan makan hampir semua barang yang ditemui   , termasuk kacang (???) , buah beri , akar, ubi, daging bangkai yang reput, sampah *dan babi hutan di UTM suka makan sampah*, serangga, dan reptilia kecil, serta juga anak-anak rusa dan kambing *serious???*. sumber - Wikipedia
tambahan : babi hutan juga sangat banyak dan suka menginap di hutan UTM. 


then aku selalu dengar yang babi hutan nih ganas dan suka menyondol dan suka mengejar manusia.. is it true...?? hmmm......
tapi bila aku search cerita2.., macam2 kisah pasal babi hutan nih sondol penoreh getah laa... budak kena kejar dengan babi hutan laa...


lepas tuh...orang kata.., kalau kena kejar babi, kita kena lari zigzag untuk elak daripada babi tuh..sebab babi nih tiada leher... so babi nih akan lari straight jew... bila kita lari zigzag.., babi nih terpaksa berhenti untuk pusing dan hal itu akan melambatkan dan menyukarkan pergerakan babi tersebut... so kita ada time untuk cabut lari... hehhe....

so...hati-hati lah kalau terjumpa babi... orang kata.., jangan buat bising.. sebab nanti menarik perhatian babi tuh...

tapi apa-apapun..., babi hutan itu juga merupakan makhluk ciptaan Allah Yang Maha Esa.. :)
Sayangilah haiwan... ;)

itu jewh...
Salam :)

No comments:

Post a Comment

atie's copyright from sitinurizati.blogspot.com