Saya.Aku.DiriAku

My photo
si atie@zatie.pelajar sarjana muda kejuruteraan kimia-bioproses UTM.berumur 20 tahun akhir bulan oktober nanti.baik dan comel.sekian

Friday 10 August 2012

Hantu gangster

Assalammualaikum.

semalam selepas majlis iftar di Garden Cafe kat Viva Mall, kami dijemput oleh pihak penganjur untuk menyaksikan tayangan perdana filem Hangtu Gangster.
so kat sini aku nak cerita sikit mengenai cerita HG nih.

HG adalah sebuah cerita komedi yang telah diarahkan oleh seorang pengarah yang bernama Namewee dan dilakonkan oleh beliau sendiri sebagai tunggak utama, selain farid kamil, taiyuddin bakar, diana danielle, dato' jalaluddin hassan, uncle charlie, dato david arumugam dan ramai lagi. ada juga penampilan khas seperti noh hujan, miss nina, reshmonu, dennis lao dan amber chia.
firstly, just a simple sinopsis.i mean, simple. really.
Seorang lelaki cina yang bernama Te Sai telah terjumpa dengan 3 orang hantu yang merupakan ketua-ketua gangster dari 3 kaum iaitu melayu, cina dan india. Mereka telah berjumpa dengan Te Sai untuk meminta bantuan beliau untuk menyelesaikan masalah yang terjadi di antara 3 kumpulan tersebut. maka Te Sai pun menolong mereka dengan menggunakan pelbagai cara. habis.

apa yang aku nak highlight kat sini ialah tentang mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah cerita ini, iaitu tentang penyatuan 3 kaum utama dalam Malaysia iaitu melayu, cina dan india. satu malaysia, lebih tepat. selain ingin menyampaikan tentang perasaan tanggungjawab terhadap kaum sendiri. secara jujurnya, aku sangat suka dengan mesej yang terkandung dalam cerita ni. tapi mungkin cara penyampaian ada yang tak begitu proper dan tak sesuai. tapi tak kisahlah. sebab orang zaman sekarang kan dah bersifat lebih terbuka dan memahami. :) back to the mesej. cerita nih menggambarkan tentang keharmonian negara malaysia walaupun mempunyai penduduk berbilang kaum. selain itu, kita dapat lihat bagaimana rakyat malaysia saling bertolak ansur dan hidup bermasyarakat dengan pelbagai kaum. walaupun mereka nih berstatus gangster, tapi sebenarnya bukanlah seperti gangster yang kita taw maksudnya. mereka nih sebenarnya mempertahankan kaum mereka sendiri sambil berusaha menjaga hubungan baik dengan kaum lain. dalam cerita nih jugak mereka ada memaparkan tentang betapa bagusnya barangan buatan malaysia. :)

nih adalah posternya.
*farid kamil dalam cerita nih sangat cool.

satu lagi, dalam cerita nih jugak ada lagu-lagu yang best yang bermaksud. dan ini merupakan salah satu ost filem ni. sila tengok.

>> sorry aku tak boleh upload video nih. tak taw kenapa. ada masalah maybe. so aku bagi link jew. boleh tengok kat sini. >>> http://www.youtube.com/watch?v=Ekc1Ctdg_nQ <<<



di garden cafe.


sekian. wassalam.

# selamat beramal di 10 hari terakhir ramadhan. semoga Allah memudahkan urusan kita, Insya-Allah. :)

Saturday 28 July 2012

what...i do

Assalammualaikum.

aku sebenarnya bosan.
jadi aku scroll application-application yang merapu kat dalam facebook.
lepas tuh aku terjumpa application dari Calany High Heels.  http://www.facebook.com/chalany/app_356016334421026
lepas tuh aku pun dengan perasaan teruja mencuba.
ini adalah hasilnya.


segala yang dilihat dalam gambar adalah daripada kisah benar. sekian.

salam.

Friday 27 July 2012

keputusan

Assalammualaikum. :D

akhirnya, keputusan peperiksaan akhir semester dua telah pun keluar. segala kerisauan aku telah pun terjawab. *risau sangat sampai terrmimpi-mimpi*

my result? not so good. aaaa.... not really good actually. but not that bad. for me. hahha. kecewalah. sikiitt...

tapi jujur aku cakap. lepas aku tengok keputusan aku tuh, aku tak berapa kisah. sebab aku tahu yang aku tak bagi seratus peratus usaha untuk peperiksaan hari tuh. 60% pun tak sampai...! so....fair la kalau tak dapat result yang gempak kan.

aku akui, sikap terlalu mengikut perasaan aku ketika minggu peperiksaan menjadi punca utama kepada kemerosotan keputusan aku. menyesal? memang.

apa boleh buat? benda dah lepas. aku tak berjaya kekalkan Anugerah Dekan yang aku dapat ketika semester pertama. sekurang-kurangnya aku dapat kekalkan pngk berpangkal nombor 3. sekurang-kurangnya aku berada dalam kedudukan baik. sekurang-kurangnya aku tidak diwajibkan mengulang matapelajaran. sekurang-kurangnya apa yang aku jangka akan gagal, jauh tersasar. syukur. walaupun aku banyak main dan tak serius dalam pelajaran tapi keputusan yang aku dapat masih memberi aku harapan untuk terus belajar. untuk terus kekal dalam bidang kejuruteraan kimia-bioproses.

terima kasih kepada pensyarah-pensyarah aku yang masih percayakan aku dan dengan murah hati memberi markah dan gred yang baik kepada aku walaupun aku selalu ponteng kelas mereka, tak siap assignment dan meniru dalam kuiz. terima kasih kepada ibu dan ayah aku yang tiap-tiap pagi telefon bagi semangat dan doa. terima kasih kepada rakan-rakan sekelas aku yang tak lokek ilmu dan selalu bagi hint exam. dan. paling terutama terima kasih kepada sahabat-sahabat sejatiku yang sentiasa bersama-sama dengan aku menghadapi peperiksaan ini. :') sayang anda semua. *tetiba emosional*


sumber : google


untuk semester yang akan datang? aku tak berjanji untuk berubah. aku tak berjanji untuk kurangkan bermain. aku tak berjanji untuk tidak malas. sebab aku tahu janji aku tidak akan ditepati. biarlah. i'm just follow the flow. kalau aku rajin, aku belajarlah. kalau tak, jangan dipaksa.

apa-apa pun, aku bersyukur. Alhamdulillah. :)

#tapi aku gembira sebab subjek teater yang aku sangat benci dapat A+. yeayy..! terima kasih banyak Ayah Haji. :)

salam. :)

Wednesday 11 July 2012

Chamah-Ulu Sepat Part 3

Assalammualaikum :D

maka dengan sedikit kerajinan aku ingin menghabiskan cerita CUS aku...heee...

sudah masuk hari keempat ekspedisi kitorang..untuk melengkapkan ekspedisi ini..,pendakian ke puncak ulu sepat diteruskan... daripada campsite kitorang ke starting point.., kitorang perlu cross sebatang sungai... nasib baik ada jambatan buluh..kalau tak..hmm..awal2 lagi dah basah... aku,nisya ngan abg hasbul adalah orang terakhir meninggalkan campsite..*lambat packing kan..* time aku nak cross tuh..,aku tersalah step kat jambatan tuh..haddoii..apa lagi..tenggelam laa sebelah kaki aku..habis basah..! pastuh tak pasal2 kena marah dengan pak kassim.... =.= *takda laa marah sangat....

permulaan trekking..,melalui kawasan buluh,lalang2 dan semak samun... makin lama makin mencabar sebab kalau kau tengok sebelah.., gaung..! salah step...alamatnyaa....hmm... trek ke ulu sepat jugak merupakan trek Fumakilla @ gajah lalu... so sepanjang trek tuh memang berlambak bahan buangan mereka dan tapak kaki mereka... tapi Alhamdulillah..sepanjang perjalanan takda laa terserempak dengan diorang... bahaya taw kalau terserempak dengan diorang..buat dikejarnya...,naya kau...! memang beg aku campak dulu laa....

perjalanan diteruskan sampailaa kitorang berhenti rehat di Sungai Peres dalam jam 11 setengah pagi... sebelum tuh kitorang kena cross sungai tuh..ada jambatan batang pokok...mak aihhh...tinggi bebenor dari bawah.. nasib baik aku takda penyakit gayat.. kalau tak memang tersadai aku kat seberang tuh...
so kitorang berhenti rehat..mandi2 dan makan tengah hari... menu lunch hari tuh ialah nasi goreng yang telah digoreng oleh aku dan kak aisah...dah siap2 semua..,dalam jam 12 setengah gituh kitorang teruskan perjalanan sampailaa ke kem maggi...taklaa jauh sangat..dalam sejam perjalanan sampai laa... trek pun tak susah... di kem maggi.., kitorang berhenti sekejap untuk solat... satu yang tak best kat sini adalah sebab agasnya...! memang ganas gila...! so untuk jauhkan agas.., unggun api dinyalakan... okeyh abg hasbul memang nampak bersungguh2 dalam menyalakan api..pak kassim bagi gelaran tuas *aku tak sure tuas @ taus* which mean orang api...hak2..! sebab abg hasbul nih memang sungguh berminat dalam menyalakan api kat mana2 pun....

sungai peres

pak kassim

 *sebenarnya signboard kem maggi tergantung kat kem sungai retak...so kat kem sungai retak ada dua signboard...not sure why tapi ada yang claim bahawa kat kem maggi tuh bukan kem maggi...
di kem maggi
 selesai solat.., perjalanan diteruskan sampailaa ke kem sungai retak...masa yang diambil dalam 2 jam...treknya tak susah...so kat sini kitorang berhenti sekejap jew untuk refill air...sebab trek seterusnya dah takda water point... kiranya nih last waterpoint sebelum campsite kat kem sempadan...


Al-Fatihah...


last waterpoint....
disebabkan lepas nih dah takda waterpoint..,kitorang kena refill botol untuk grup jugak...untuk masak segala...bertambahlaa beban beg aku.......
 dalam sejam lebih perjalanan kitorang pun sampai kat our next campsite..,kat kem sempadan... kat sini kecik jewh tempatnya...nasib baik kitorang sikit..tapi tempat tidur memang berbonggol2 laaa~..
dah siap2 pasang fly segala...aku ngan kak aisah memulakan tugas untuk memasak kat luar khemah..menu dinner hari tuh ialah ikan masin masak lemak ngan sayur campur goreng dan papadom... tengah seronok main masak2 tuh...hujan turun..makin lebat..! nasib baik aku dah siap goreng ikan masin... nasik yang belum mendidih terpaksa distopkan dulu...semua barang2 masak terus dialihkan ke dalam fly... lepastuh sambung masak..... then dinner.... *dah takda idea*
 signboard yang dah pecah..tak taw sapa sondol...

lepas dinner.., klinik kak aisah dibuka...hehhe... sapa2 yang sakit bolehlaa dapatkan rawatan kat sini... aku dengan mengada-ngadanya pun mintaklaa kak aisah balutkan jari ibu kaki aku yang melecet...

kakiku yang buruk...
lepas tuh sembang2 then tidur........
sepanjang perjalanan ke kem sempadan berjalan lancar..trek nya tak begitu mencabar...kecuali di awal2 trek...

selepas sarapan dan siap kemas2 segala....dalam jam 8 setengah pagi..,perjalanan diteruskan....


breakfast pagi tuh ialah biskut2 dan roti gardenia cicah masak lemak semalam dengan air teh o...

dalam 1 jam perjalanan.., kitorang tiba di puncak view... nama pun puncak view kan..so memang ada view yang sangat cantik laa untuk dilihat....
trek ke puncak view dah mula mencabar dan mencanak...






lepas lebih kurang 20 minit kat situ...perjalanan diteruskan sampailaa ke puncak cantik... masa yang diambil lebih kurang sejam lebih...kat sini kitorang berhenti lagiuntuk ambik gamba sebab background dia memang sangat cantik...







perjalanan diteruskan....okeyh..start pada sini trek dia memang dah mula mencabar dan mencanak dan memenatkan dan juga jauh...! sangat jauhh.... tapi tak dirasakan sangat sebab kitorang bertrekking dengan senang hati sambil menyanyi2 riang dan bergelak tawa...hahha...
kitorang berhenti lunch kat mana ntah.. *aku tak taw apa nama dia* tapi kat situ ada water point yang teramatlaa..... macam mana nak cakap ehh...tapi tak macam waterpoint yang lain laa... lunch hari tuh ialah spaghetti dengan air tongkat ali power root.... memang kenyang...Alhamdulillah....

sepanjang perjalanan memang riuh...hahha...ada yang menyanyi..ada yang bukak kelas bahasa ~~~ *se'el mahak* macam2 laa... hahha....memang best sangat....!! langsung tak terasa bosan dan penat... :D
otw

sedar tak sedar dalam jam 5 petang kitorang sampai kat kem junction.,, simpang untuk ke puncak dan turun.., so untuk meringankan beban.., beg2 kitorang tinggalkan kat sini dan free body ke puncak ulu sepat sambil memakai baju biru *baju ekspedisi* untuk bergambar....dri sii ke puck dlm 20 minit...jauh jugak...! trek nya pulak..~~ kalau salah pijak..alamatnya kaki kau tersagkut dalam lumpur...jangan men2..! lumpurnya boleh mencecah lutut... itu kalau yang tinggi..,kalau yang berkaki pendek macam aku.., mawnya tak sampai peha...?? memang macam monyet laa kitorang bergayut dan melompat2.... lain laa ada orang tuh pakai kasut high tech~~

puncak ulu sepat memang tak ada view...sekadar syarat untuk sampai ke puncak... tempatnya pun agak luas dan rata...bez untuk berkhemah...tapi kitorang tak berpeluang bermalam kat situ... sebab tak cukup masa... so kitorang ambik masa dalam 15 minit kat situ sebelum siap sedia nak turun...

 lihtlah pak kassim yang comel.... :D
orang yang grade G7 *poom2*

ngam2 lepas jew aku tangkap gamba signboard.., batt cam aku habis....haishhh..... tak sempat aku nak tangkap gamba plat senior2 team-5 aku kat situh...

okeyh aku dah takda idea nak cerita apa kat sini...skip terus kat kem junction...

kitorang pun ready2 nak turun...aku dengan kelam kabutnya keluarkan headlamp, simpan baju,pakaikan rain cover,dan nak tukar batt headlamp...takut kena tinggal konon...hahha...! sebelum turun sempat lagi kitorang main2 konon power rangers....aku power rangers hitam..!hahha...hari semakin gelap dan nak hujan.... so perjalanan turun kitorang agak berhati2...
trek turun memang sangat mencabar..! sangat curam, licin... lutut...memang longgar habiss...!! bila turun nih teringat aku trek nombuyukong...sebijik..! dah laa jauhh.... haddoii...jenuh menahan sakit lutut...! bayangkan...3 jam turun mencuram...! haduiii.....
lepas tuh dah nak dekat sampai tuh aku kena gigit semut pulak dah......sakit kau taw takk...?? saborr jew laa...
tapi Alhamdulillah....dalam jam 10 lebih malam kitorang sampai jugak kat kem sungai lenweng...dekat situh kitorang stay untuk dinner, membersihkan diri dan solat...dinner malam tuh ialah tomyam sayur dengan papadom...lauk lain dah habis... masa tuh.., nak duduk pun sakit..nak diri pun sakit...tak taw nak buat macam mana...hehhe...normal laa bila baru turun....
dah siap semua..,dalam jam 12 tengah malam gituh kitorang berjalan sikit ke dewan kg sungai lenweng untuk bermalam...haaa legaa..tak perlu pasang fly segala....selesa sikit...
firstly,aku bayangkan dewan yang berbatu...yelaa dewan yang orang dok main badminton tuh...tapi rupanya..,sangkaan ku meleset...! huu...nih dewan kg org asli laa cik atie...dewan daripada batang buluh dan atap rumbia *aku main sebut jew..tak taw betul or tak..* yang digunakan untuk melakukan sesutu upacara...okeh sumpah aku takut..! malam tuh aku tak boleh tidur...sebab sejuk satu...satu lagi aku dok pikirkan macam2 hal...macam mana kalau kitorang kena ikat..?? macam2 laa...hahha..! ntah pahape....!! tapi Alhamdulillah...takda apa2 berlaku....
esok paginya lepas breakfast biskut ngan air kopi.., kitorang meneruskan perjalanan pulang melalui jalan hutan kampung selama 3 jam.... akhirnya.., sampailaa kitorang di perkampungan orang asli kg lerlar... keluar2 tengok ad jalan baru yang nak dibuat..jalan tar mayb...ada pencawang letrik.... wahhh....maju kg nih... baguih2.... so kitorang berhenti kat depan sebuah rumah nih untuk tunggu 4WD..sementara tunggu tuh sempatlaa kitorang beramah mesra dengan budak2 kat situh.., sempat jugak pergi kedai runcit... tengok2 persekitaran kg....




siap ada astro taww...
then 4WD pun sampai...tak sampai sejam kitorang tunggu... disebabkan jalan yang dah rata...,takdalaa sakit sangat dok kat belakang tuh....sambil atas 4WD kitorang makan aiskrim pop....lama sangat rasanya aku tak makan eskrem nih.... terima kasih kepada orang yang mensponsor.., abg hasbul...!
perjalanan di atas 4WD tersangat seronok sebab dapat tengok pemandangan di kg lerlar tersebut.... lebih kurang setengah jam kitorang sampai kat pos kemar...untuk naik bot ke pangkalan trojan... wooooo.....bez sangat dapat naik bot....!! pemandangan sepanjang atas bot tuh tersangat bez...! tetiba terasa macam pelancong kann...hikhik....

baru sampai di pos kemar

atas bot~


*takda gamba untuk view sepanjang atas bot...sorry...

* sumber gambar : kak aisah

lama2 atas bot sebenarnya agak bosan jugak...nasib baik cuaca tak panas...kalau takk..memang sunburn laa aku... selama sejam dok atas bot..,sampailah kitorang di pengkalan trojan... pakcik bas utm dah tunggu lama dah kat situh...nasib baik dapat pakcik bas yang cool dan sangat bez iaitu pakcik Othman... *woohooo...!!*

lastly.., kitorang naik bas dan bergerak pulang ke UTM...sepanjang dalam bas jugak amat seronok...!! :D dapat tengok citer snow white and the hunstman dan citer kuntilanak yang ntah pahape...lepas tuh berhenti rehat kat hentian Tapah yang sangat bez...!!
oh ye kak aisah belanja kitorang semua makan KFC taww....yeayy....!! thanx akak..! sygg akak lebih..! ;) <3
okeyh 6 hari dalam hutan memang buat aku sedikit teruja bila dapat ke bandar...hahha...! ntah pahape..!
lepas tuh apa yang diidamkan tym dalam hutan semua dah terlaksana... ;)
nak makan kfc,dapat...nak tengok wayang citer spider-man,dapat....nak makan chicken chop kat angah DC,dapat gak..Alhamdulillah....terima kasih semua >> nisya,kak anis,abg azim,amarul,syafiq dan sabri..

Alhamdulillah...ekspedisi ni berjalan lancar dan sangat meninggalkan pengalaman manis buat diriku... thanx all yang terlibat sebab menjadikan xpdc nih lebih seronok... ;D
*sangkaan aku tentang CUS seperti yang digambarkan oleh orang lain dan senior2 jauh berbeza...

sekarang nih...semangat gunung aku makin berkobar2....!aku nak grade G7 dengan cepat...!ecceehhhh...... :P  *ayat tak boleh blah kan....hekhek...

huhhh....penat aku mencari idea untuk bercerita....habis jugak...hahha...

oh yee...aku jugak dapat hadiah dari PKU taw...tadaaa.....
terima kasih....!!! :)

salam.. :)

Tuesday 10 July 2012

Chamah-Ulu Sepat part 2

Assalammualaikum :D

sekarang dengan rajinnya aku nak sambung pengembaraan CUS aku.... heee.... :) *versi novel sikit*

lebih kurang jam 8.30 pagi gitu kitorang dah mula gerak untuk mendaki ke puncak Chamah.. kitorang memulakan perjalanan dengan penuh perasaan gembira dan bertenaga...hehhe... :P awal2 perjalanannya pun..,jalannya tak sukar dan tak memenatkan..so santai jew...sedar tak sedar setelah hampir sejam kitorang berjalan, tibalah kitorang kat Kem Pakma... tempat persinggahan pertama kitorang.. bak kata Pak Kassim, RnR...huhhu...

kem Pakma
*sorry...gambar signboard tak clear~
berehat~

dekat sini la aku terjumpa satu ayat yang agak cool....ditulis oleh grup Kembara Geng Seven (G7),

Jangan ambil sesuatu kecuali foto,
Jangan buang sesuatu kecuali waktu,
Jangan tinggal sesuatu kecuali jejak,
Jangan bakar sesuatu kecuali semangat,
Jika anda seorang kaki gunung, buktikan....


tadaaaaa.....


lepas hampir 5 minit kitorang rehat, perjalanan diteruskan untuk ke kem Tengah..selama hampir sejam jugak..kitorang pun tiba di Kem Tengah, RnR yang kedua... kitorang pon..rehat lagi laa~~


rehat2..

kak aisah dan sabri
bila rehat..ration masing2 pun dikeluarkan...segala air garam,air glucose,choki2,cloud 9...untuk tambah tenaga...dan aku paling suka minum air garam...hehhe... tapi yang berperisa laa...kalau yang pure...wekkkkk....... x_x


dalam 10 minit gituh kitorang berhenti rehat dan meneruskan perjalanan ke Kem Tongkat Ali...owh... sebelum tuh kitorang ada berhenti rehat kat perhentian Tongkat Ali...kat situh ada pak kassim tunjuk pokok tongkat ali...baru aku taw..macam tuh ropenye pokok dia......perjalanan ke kem Tongkat Ali mengambil masa selama 2 jam suku... selama dua jam nih perjalanan kitorang dipenuhi dengan lagu2 bez yang dinyanyikan oleh artis2 gunung iaitu iaitu kitorang laa...! teheeee...... >.<

sebelum tiba kat kem tongkat ali kitorang kena cross sebatang sungai..okeyh aku admit sebenarnya kelemahan aku ialah lompat melompat dari satu batu ke batu lain kat sungai..cuak la weii..kalau jatuh tergelincir....aduiii....nasib baik aku pakai kasut berkuasa tinggi iaitu......kasut getah...! kasut getah nih structurenya grip sikit...biarpun murah tapi sangat berguna kalau masuk hutan tawww.....kasut getah jugak kalis air...ianya jugak selesa dipakai... kelaas gituh....!

sungai dia pulak memang yang terrrbaikkk....!! sejuk itu sudah tentu...! jernih jugak sudah tentu..! hahha... air pulak deras jew mengalir...kitorang apa lagi...dengan tak sabarnya letak beg kat kem tongkat ali then ambik barang2 keperluan mandi..dan dengan gembiranya kitorang pun bermandi manda kat sungai tuh...maklumlaaa~~ dah dua hari tak mandi taww...lepas mandi tuh memang segar tahap bugar lah..! :D eh lupa pulak...sebelum mandi tuh sempat laa kitorang bergambar dulu.... bergambar itu satu kewajipan..! hehhe...
selepas tuh solat dan lunch...menu makan tengah hari tuh simple jew..bun berinti kacang hitam dan air teh....sebab lapar punya pasal...cepat jewh aku habiskan bun tuh...

maka dengan bangganya kami bergambar dengan bendera negeri masing2


proses membuat unggun api
 gambar2 sungai tersebut..... Subhanallah.. :)



pendakian diteruskan selepas hampir sejam berehat...
okeyh selepas sahaja kem tongkat ali nih..,laluan dia semakin sukar dan mencabar...canak dan mencanak.. merangkak dan memanjat... tapi kitorang meneruskan perjalanan dengan rilex dan pergerakan yang uniform *aku lupa frasa nak describe*.. sepanjang perjalanan.., kitorang stay dalam grup dan tak ada perpecahan... itu yang bez...!kitorang berjalan ikut susunan dan Q...supaya takda yang terlalu lambat dan takda yang terlalu cepat...aku kat tengah2...hehhe... untuk overcome kebosanan berjalan... dengan suara yang sedap plus sumbang *aku lerrr*.., kitorang menyanyi2 sambil bersembang2...perjalanan kitorang on off...penat berhenti,lepas tuh jalan...jalan..jalan..dan jalan... sampailah kitorang kat Anak Chamah tepat pukul 4 petang... penat oo...dan macam biasa..RnR...





lepas tuh kitorang sambung perjalanan untuk ke Puncak Chamah...yeayy...!!
 okeyh tapi..sebenarnya lepas pada anak chamah nih laa cabaran yang sebenar sebab perjalanan ke puncak chamah terlalu panjang...! dan banyak puncak tipu...lepas tuh naik..turun..naik..dan turun lagi...sangat2 menguji mental...! tambahan pulak petang tuh hujan dan hari semakin gelap...sejuk + basah + gelap...dengan hanya bergantung pada head lamp..,kitorang teruskan jugak perjalanan...bila hari dah gelap...masing2 pun jadi semakin senyap...kepenatan..kesejukan..ketensionan..sebab jalan2 tak jumpa puncak..jujurnya.., aku ada rasa macam kitorang tersesat jalan sebab kitorang dah berjalan terlalu jauh tapi stil tak jumpa puncak...dah laa gelap kan...tapi nak tak nak kitorang jalan jugak....Alhamdulillah... akhirnya dalam jam 9 malam kitorang sampai jugak kat puncak chamah... pergghhhh.....lama gila kan...?? sampai2 jewh..dalam keadaan yang basah dan kesejukan dan kepenatan..kitorang terus dirikan fly dan ground... lepas siap tuh masing2 masuk dalam fly dan legakan diri...tukar baju kering dan masak air teh untuk panaskan badan... tapi sebab aku tak tahan sejuk sangat...aku pergi singgah kat khemah pak kassim ngan dj...sebab kat dorank dah tersedia air kopi panas...aku apa lagi...terus mintak pak kassim kopi laa...dan panaskan tangan dengan api yang diapasang pak kassim...kuikui...terima kasih pak kassim ngan DJ... :) lepas dah agak selesa baru aku masuk fly..,tukar baju dan panaskan diri dengan sleeping bag nisya dengan nisya dan abg hasbul..,sambil tunggu makanan dinner siap...menu malam tuh adalah ayam masak kicap dengan sayur campur...memang kenyang...terima kasih tukang masak.. :)
selepas makan dan solat.., kitorang pun ready nak tidur dan rehat awal...yelaa...hari yang sangat meletihkan dan menguji mental...

subuh2 sapiie lagi pak kassim dah jerit suruh bangun... 'bangun2..!,tengok matahari terbit...' kitorang dengan longlainya pun bangun laa...aku mula2 malas maw bangun...tapi bila pikir nak tengok keindahan matahari terbit dari puncak gunung..,terus aku batalkan hasrat untuk sambung tidur..huu...sama jugak dengan yang lain..kecuali abg azim...sebab ini kali ketiga dia kat puncak chamah...
suhu pagi tuh...memang sejuk teramat...!! macam dekat laban rata taww...tapi tak laa macam laban rata...aku jew yang describe...sebab memang sejuk...! terketar2 aku keluar pakai selipar...dah laa tak bawa baju sejuk sebab beg tak muat... lepas tuh kitorang pun pergi la kat tempat untuk tengok view pagi tuh.... Subhanallah..indah amat..! ;D  dari situh boleh nampak banyak gunung ganang...puncak ulu sepat yang nampak terlalu jauh..gunung tahan..,dan yang lain2...langit yang luas yang keoren-orenan menerbitkan matahari... Subhanallah... memang speechless...! kepenatan semalam terbayar dengan pemandangan indah nie... :)  
part of the pic :-
*sory laa kualiti gambar low...




lama jugak kitorang kat sini... tunggu sampai matahari terbit sepenuhnya sambil dengar pak kassim bercerita tentang geografi....huhu...
lepas tuh kitorang balik ke campsite dan membuat persiapan untuk breakfast...


campsite kitorang

khemah pak kassim dan dj

gambar grup tanpa aku...huuu...

kitorang yang trip budak ktgb...hahha..
selepas bersiap2 segala dan bergambar...lebih kurang jam 9 pagi kitorang turun dari puncak chamah ke kg sungai rekom... bila turun laju jew semua...perjalanan lancar jew tapi sakit sikit laa...biasalaa...turun mencuramkan....lutut longgar laa....masa yang diambil untuk turun pun lebih singkat dari semalam...memang laju habis laa... makan tengah hari pulak kitorang singgah kat RnR kem tongkat Ali jugak... solat dan lunch..menu lunch ialah spaghetti...sedapp oo... time tengah menikmati lunch tuh tetiba hujan pulak....makin lama makin lebat..so dengan lajunya kitorang habiskan makanan dan kemas2 untuk gerak.... tapi hujan sekejap jewh...lepas tuh perjalanan diteruskan..on off...laluan yang sama macam semalam so takdalaa rasa terkejut sangat turun tuh kan... tapi lutut memang goyang habis laa... dalam pukul 5 setengah petang kitorang pun tiba di kg sungai rekom.., ambil ration yang ditinggalkan di salah sebuah rumah di situ dan meneruskan perjalanan sikit ke campsite seterusnya...campsite kali nie sepenuhnya di atas pasir...so tempat kitorang tidur memang agak berpasir laa... ngam2 lepas fly dan ground siap pasang, hujan turun lagi... dinner malam tuh ialah ayam masak.... *aku lupa* dengan sayur campur dan papadom dan air teh panas...sepenuhnya oleh nisya...perghh...memang sedap laa...terima kasih sya..! :) *papadom jew aku yang goreng... then malam tuh kitorang rehat dan tidur secukupnya... :)

hmm...aku banyak kali terjaga...tapi disebabkan aku tak pakai jam dan tak on hp..,memang aku tak taw pukul berapa...tengok langit..,cerah semacam...tapi rupanya baru pukul 4 pagi...tengok sebelah sana ada unggun api..aii pak kassim nih pagi2 buta dah nyalakan api...
subuh2 bangun..,suhu macam biasa...sejuk..! disebabkan campsite kitorang tuh kat tepi sungai.., kitorang pun dapatlaa mencuci muka dan membersihkan diri segala..... hari itu merupakan tugas grup 1 iaitu grup aku untuk masak... pagi2 lagi kitorang dah ready roti gandum dengan sambal ikan bilis dan goreng nasik goreng untuk makan tengah hari....lepas breakfast, kemas campsite dan packing bag..., dengan lafaz Bismillah dan doa...perjalanan ke puncak ulu sepat dimulakan... :)

cukup sampai sini sahaja kerajinan aku...sekian..
salam :)


atie's copyright from sitinurizati.blogspot.com